Jumaat, 17 Mei 2019

17 Mei 2019 - tanam pokok pisang

Pokok pisang tanduk dah di tuai buahnya.  Anak anak pokok banyak yg naik diperdunya.  Maka,  operasi mengalihkan anak pokok pisang bermula.

Berjaya menanam 3 anak pisang tanduk dan 2 pisang nangka.

Sebelum ditanam,  pangkal anak pisang dikupas dan melihat samada ada kesan serangan kumbang atau ulat. Di tarah kulit luar dan  direndam didalam larutan cuka kayu. 

Merendam didalam cuka kayu,  adalah salah satu percubaa untuk mengawal serangan ulat yg terdapat didalam umbi pisang. 

Pemerhatian dilakukan,  ada pokok pisang yg terbantut dan didapati tidak subur dan lambat membesar.

Apa bila batang nya di potong,  jelas kelihatan ada ulat kumbang telah berkampung didalm batang pisang tersebut.

Jadi,  di harapkan rawatan yg dilakukan sebelum anak pisang ditanam akan dapat menghidari masalah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan