Khamis, 30 September 2021

29 Sep 2021 Projek Durian NDOR - 6 anak pokok durian udang merah dan D24

Dapat juga membeli anak pokok D24 dan udang merah

D24 3 pokok rm100
Udang Merah 3 pokok rm100

Jumlah rm200
Sesat pulak cempedak madu rm20 setiap satu

D24

usang merah


30 Sep 2021 7 - projek durian NDOR, gemburkan tanah

Busut yg di buat beberapa hari lalu, Di gemburkan sedikit permukaannya supaya kapur yg di tabur dpt meresap masuk

Sampai Kebun jam 1010minit, balik jam 130, sempat la makan nasi goreng, bekal di bawa dsri rumah. 

Siap 8 untuk harini, Maka siap la ke semua 16 tapak.

Selasa, 28 September 2021

28 Sep 2021 5 - Projek Durian NDOR - gemburkan tanah

Kena gemburkan ker?  Hermm

Sajer jer buat, supaya kapur yg di tabur minggu sudah dpt di sebatikan dgn tanah.

Jumlah tapak : 8/16 tapak siap
Masa: 2 jam lebih kot
Pekerja : seorang sahaja, Sendiri la

nampak tak kesan tu, dah di gemburkan
 Semuga bila hujan, air akan terus di serap kedalam.

BTW, sempat gak tanam beberpa perdu serai dan kunyit. 

Sabtu, 25 September 2021

25 Sep 2021 4 - Projek Durian NDOR - anak durian Musang king dari nursery

Sebanyak 3 anak pokok durian Musang king bersaiz 24 inci tinggi telah di terima dari Nursery Rimbun Rezeki yg terletak di pt penyengat, pt Jawa, Muar, Johor.

3 anak pokok berharga RM 18 setiap satu telah di alihkan ke polybag saiz 16 inci Sementara Menunggu tapak siap sepenuh nya.

Kos : rm18 setiap anak pokok

Jumlah: 3 anak pokok Musang king

Jumaat, 24 September 2021

23 Sep 2021 3 - Projek Durian NDOR - mengapur lagi di busut yg dah siap di buat..

Setelah busut siap di huat, dan berpandukan soil test yg dilakukan, rata rata pH tanah berbacaan 2 dan 3. Agak tinggi.

Maka, setiap bust di tabur dlm 7kg kapur.

Kos:  Untuk 16 tapak, sebanyak 6 bag kapur seberat 25kg setiap satu di gunakan. Jumlah 6xrm24 =rm132

Pekerja: 1 orang, Sendiri buat, 2 jam

Kos lain? Kereta terbenam, nasib baik ada kawan tolong tarik keluar

23 Sep 2021 - 2 - projek durian NDOR membuat busut dgn guna JCB rm450

Seterusnya tanah di tambah dengan tujuan untuk membuat busut. Dapat la ketinggian dlam 2 kaki dan kelebaran dlam 8 kaki diameter.


Kos : Sewa JCB berharga RM450 sehari, dapat la 16 tapak


22 Sep 2021 - 2A - projek durian NDOR - membuat busut

Projek untuk menanam durian di lot b008 NDOR bermula, sebelum ini, telah di tanda jarak 30 kaki dan diantara baris ialah 26 kaki. Dengan Kaedah 3 segi, setiap pokok berjarak 30 kaki antara satu sama lain.

Sebagai permulaan,  selepas di tanda, kapur di tabur sebagai penanda.

Kos: kapur 3 bag x RM24 = rm72

Masa : 2 jam kot? Seorang diri

21 Sep 2021 1 - projek durian NDOR - menabur kapur dan menanda jarak 30 kaki

Tapak untuk durian telah di tanda, berjarak 30 kaki dan 15 kaki dari pagar.

Membuat sistem 3 segi, Maka, jarak antara baris menjadi 26kaki.

Kapur di beli di Mantin, dengan harga RM24 untuk 25kg.

Anggaran menabur dlm 5kg setiap tapak, berukuran lebar lebih kurang 6 kaki


Cantuman 


Khamis, 16 September 2021

16 Sept 2021 semai cili padi dan Sacha inchi

Menyemai Benih Sacha in hi yg di perolehi dsri rakan Isteri.

Benih cili pula, diambil dari buah cili yg di beli di pasar. 

Selasa, 14 September 2021

14 Sep 2021 semaian tunera

Keratan batang tunera yg disemai beberapa minggu yg lalu dah menunjukkan perkembangan yg baik.

Tunas Baru dah muncul dan akar pun dah tumbuh. 

Next, hardening dan mengalihkan ke polybag yg besar sedikit.

Mungkin perlukan lagi beberapa hari untuk berakar dengan banyaknya

Ahad, 12 September 2021

11 Sep 2021 membuat Cantuman anak pokok durian

Percubaan kali ke dua setelah Cantuman pada 28/8 gagal ke semuanya

Kali ini, Cantuman dibuat di powerbank.

Sabtu, 4 September 2021

4 Sep 2021 apa penyakit limau ni?

Ada beberapa penyakit limau yg entah apa ubat nya?


1. Ranting kering
2. daun bintik bintik
 

3. Daun kehitaman
4. Kena sengat dgn  kumbang. Tak de gambar la