Selasa, 30 Mac 2021

30 Mar 2021 Rabu: selepas 5 hari menyemai anggur

Keratan anggur yg disemai 5 hari lepas sudah mengeluarkan mata tunas.
Kena simpan lama lagi la..



Day 5 30 Mar 2021


Day 1 25 Mar 2021

Khamis, 25 Mac 2021

25 Mar 2021 Khamis : menyemai pokok bunga kertas

Merayau dihadapan rumah, terjumpa satu longokkan potongan dahan bunga kertas.

1 berdaun variegated, dan satu lagi daun biasa. Berbunga putih Dan Mungkin juga biru kundang.

Rugi tak ambik, Maka kedua duanya di ambil. Percubaan membuat Cantuman tunas di lakukan. Tengok jer la Hasilnya selepas seminggu.

Sementara yg lain, di potong Dan di semai.
Potong di pangkal secara serong Dan kulit nya dikikis


Di celupkan dgn  rooting powder. 


Disemai ke pasu berisi tanah semaian

Tunggu la Hasilnya.. 

25 Mar 2021 Khamis: menyemai anggur melalui keratan

Melihat di YouTube ada cara yg lebih efficient untuk menyemai keratan anggur.

1. Keratan anggur, cuma 2 mata tunas di ambil.
2. Buat potong serong pada pangkal.
3. Seterusnya, Di bahagian pangkal, yg di potong serong, Di kikis kulitnya.
4. Selanjutnya, rooting powder di sapu ke bahagian tersebut.
Saya guna rooting powder jenis ini. 
5. Tanah semaian, saya guna freepeat di campurkan kan dgn pasir sungai Dan di masukkan kedalam bekas semaian.
6. Selesai keratan di cucuk, air di siram Dan bekas berisi keratan  di tutup dengan plastik.



7. Tunggu ia tunas! 

24 Mar 2021 Rabu: adamame

Dah lama disemai, bila dah tinggi dlm 6 inci, Di alihkan ke tanah.

Day 1

Rabu, 24 Mac 2021

24 Mar 2021 Rabu: Percubaan menyemai keratan anggur

Pokok anggur tidak berjaya, dengan berseliratnya. Merujuk kepada beberapa Kaedah, Maka dahan yg berselirat di potong. Langsung gondol!

Keratan yg ada, Di potong dlm 8 inci, dan di celupkan ke pengalak akar.

Didalam pasu, tersedia pasir Dan keratan di cucuk kedalam nya.

Keratan yg dicucuk di serkup dgn plastik untuk tujuan mengawal kelembapan

Day 1 
Yg ini tiada sungkupan plastik
 Yg ini di sungkupan dgn plastik. 

24 Mar 2021 Rabu: cardamon, Percubaan menyemai

Satu Percubaan untuk menyemai cardamon atau buah pelaga.

Benih di ambil dari stok rempah di dapur. Dah agak lama membelinya, pakai pun sikit jer.
Biji di belah, kulit di buang, terserlah isinya, berupa biji halus. Baru tahu ada isinya.. Ingatkan yg di luar tu sahaja.
Agak Banyak biji yg halus didalam kulit buahnya. Seterus nya,  biji di asingkan Dan direndam didalam air, dengan tujuan untuk Membuang mana mana  biji yg dah tak elok.
Langsung di semai di tapak semaian.

Day 1 

24 Mar 2020 Rabu: beberapa Cantuman yg menjadi

Antara Cantuman pokok limau  Dan bunga raya menunjukkan Cantuman yg menjadi. Setelah beberapa kali mencuba.

Cantuman bunga raya. Buat cuma 1 sahaja.. Alhamdulilah menjadi. 


Cantuman limau dilaku kan secara tepi. Cantuman dah mengeluarkan tunas. Kalau tak limau kasturi, limau nipis atau limau kasturi. 
Lagi Cantuman yg dah menjadi
25 mar 2021

Pertumbuhan yg bagus


Yg mati ada juga! 


Ini Cuba mencantum mulberey


Lagi Cantuman limau yg menjadi


Ahad, 21 Mac 2021

21 Mar 2021 Ahad: Percubaan menyemai belimbing besi secara keratan

Mengambil idea dari rakan rakan di group FB Kebun, Percubaan menyemai anak pokok belimbing besi dari keratan batang di lakukan.

Day 1