Isnin, 28 September 2020

28 Sep 2020 linggi nusa dusun

Sampai agak lewat di Kebun, jam 1030 pagi. Sebab? Lewat gerak dari rumah.

Membuat rondaan Keliling Kebun Melihat kemajuan. 

Seterusnya, melaksanakan Kerja menyembur baja Dan racu kulat. 
Campuran baja foliar 21 2121, dan high K... Dah lupa. Termasuk juga baja trace element.

Pokok  pokok durian belanda Dan limau kasturi di sembur. Akhirnya bateri macam dah habis hayat 

Sempat juga trim pokok jambu gajus. 

Kesan rumput  yg mati setelah di racun hampir 3 minggu yg lalu. Semuga perimeter ini kekal bersih dari anak pokok. 


Mengambil hampir 2 Kereta tolak tanah merah untuk tujuan Menampal mendapan tanah di rumah senawang. 

Selasa, 22 September 2020

21 Sep 2020 menebas di linggi

Bersenjatakan chain saw di sambung ke enjin mesen rumput., pokok yg mati di sepanjang Sempadan lotb009 di bersihkan tak la sampai 10 kaki pun.

Di sambung dengan menebas rumput. Selesai menebas dlm Jangka masa 1 jam.. Kawasan Tengah sahaja la. 

mencantas pokok mangga
kenapa Kena cantas?  Biar rendang dan senang nak petik buah... Kalau berbuah la.. 

Isnin, 14 September 2020

14 Sep 2020 menebas rumput di Nusa dusun

Hari ni sempat menebas di celah pagar elektrik Dan juga di Keliling pokok durian belanda. 

Sepanjang laluan ke belakang  jug sempat di tebas. 

Hajat hati hendak mengabiskan, namun mesen rumput buat hal la pulak. 

Belum ditebas

Laluan yg dah di tebas 

14 Sep 2020 kesan meracun rumput

Kerja Kerja meracun rumput di lakukan hampir 2 minggu yg lalu. Ulangan meracun dilakukan selepas Kerja Kerja kali pertama di lakukan seminggu sebelum itu.

Campuran racun yg ialah
1. Ecomax
2. Garlon
3. Diesel. 

Penggunaan mesen sembur berkuasa bateri yg telah di ubah suai. 

Kesan ketara keatas pokok senduduk Dan rumputain, namun tidak pada sejenis semak yg menjalar.


Yg mati, Kebanyakkannya dari jenis  senduduk. 
Racun tidak berkesan? 

Isnin, 7 September 2020

7 Sept 2020 limau yg di tut

Pokok limau yg di tut telah mula mengeluarkan akar.

Menunggu masa yg sesuai untuk dialihkan ke dalam polybag. 

Selasa, 1 September 2020

1 sep 2020 membaja pokok durian belanda

Membaja pokok durian belanda secara foliar dengan campuran
1. Racun kulat Hexa
2.  Mineral traces element
3. Baja 16 16 16 
4. Baja k30 kot