Jumaat, 28 Februari 2020

28 Feb 2020 menjual Hasil limau kasturi

28 Feb 2020
Pasar mini znz, Taman Sri angsana Hilir, kg pandan KL

Limau kasturi
Berat 15kg
Harga rm2 perkg
Jumlah rm30

Khamis, 27 Februari 2020

26 Feb 2020 monyet punya penangan

Malas nak cerite, penangan monyet  terhadap anak pokok pisang. Kena perbaiki lagi pagar elektrik ni.

Isnin, 17 Februari 2020

17 Feb 2020 menabur kapur

Datang ke Kebun agak lewat, dalam jam 1015. Matahari sudah memancarkan sinarnya.

Tanpa bertangguh lagi, Kerje Kerje mengapur di lakukan. 4 bag di bawa, hanya 3 bag habis digunakan. 

Sebelum itu, Melihat dahulu jerat babi, walaupun jeratnya bingkas, namun tidak terjerat. Memandangkan ada lagi laluan dicelah pagar, jerat di tambah lagi. 

Hasil Kerje mengapur selesai dalam jam 1 tengahari. 

Rabu, 12 Februari 2020

12 Feb 2020 pisang di rumah!

Ada 2 batang pokok pisang yg sudah mengeluarkan jantung nya. Pisang nangka Dan pisang tanduk.

Jangka masa matang 20 minggu.lebih kurang julai 2020

Pisang nangka
Pisang tanduk





Isnin, 10 Februari 2020

10 Feb 2020 membersihkan, mengemburkan tanah Dan membaja pokok durian belanda

Menyambung Kerje yang tidak siap. Akhirnya Kerje Kerje siap di ambil selama 5 hari.
Sebelum di bersihkan Dan di baja

Membuang rumput di sekeliling anak pokok

Menabur baja 13 10 20.  Selepas baja di tabur dalam segengam, tanah di tambah. 

Akhinya siap! 


Ahad, 9 Februari 2020

9 Feb 2020 semai Benih biji durian belanda

2minggu yg lalu,  melawat rakan di nusa dusun, dan kebetulan pula pokok durian belanda beliau sedang berbuah.

Sambil membelek pokok beliau yg sedang lebat berbuah, didapati ada buah yg telah masak ranum.

Tanpa Segan, aku terus minta sebiji. 

Memang sedap di makan, manis... Dan bijinya di ambil.

Maka pada hari ini, dapat lah aku semai biji tersebut. Dapatlah dalam 20 biji. Semuga biji tersebut akan tumbuh Dan membesar seperti juara. 

Khamis, 6 Februari 2020

6 Feb 2020 membaja lagi

Kerja membaja Dan merumput serta mengemburkan tanah di sambung lagi. Agak lewat sampai ke Kebun dlm jam 10 pagi.

Dingin pagi dah bertukar panas, namun Kerje kerja mesti di lakukan.

Dapat menyudahkan 12 pokok hari ini. 

Maka,  4 hari di lakukan untuk membaja, merumput Dan mengemburkan tanah sekeliling pokok durian belanda. 

Ada lagi yg Tertinggal, akan di sambung esok... 

5 Feb 2020 membaja lagi

Menyambung Kerje Kerje semalam, dapat menyudahkan 15 pokok

Berhenti bila kepanasan Dan pulang ketika azan zohor. 

Pisang oh pisang

Selasa, 4 Februari 2020

4 Feb 2020 menanam pokok pisang tanduk

Benih di ambil dari pokok di rumah Senawang. Dapat lah dalam 7 anak pokok. Memang berbeza warna hijau daun di rumah senawang dengan yg ada di Kebun. 

Hasil menanam di terik matahari, daun dah mila layu, entahkan boleh hidup atau tidak ni? 

4 Feb 2020 membaja lagi

Alhamdulilah dapat membersihkan, mengemburkan tanah Dan membaja sebanyak 15 pokok durian belanda. Kepenatan Dan panas  dibawa terik matahari.

Sampai di Kebun agak lewat, kemudian di dagang tetamu. Bersembang dalam 15 min juga, Baru dapat  menyambung Kerje Kerje. 

nampak di pangkal pokok tersebut timbunan tanah? 

Isnin, 3 Februari 2020

3 Feb 2020 menyambung Kerje Kerje membaja Dan merumput

Kerje Kerje merumput Dan menabur baja di sambung. Agak Keletihan hari ini, dengan kepanasan yg agak tinggi.

Berupaya membaja Dan merumput sebanyak 14 pokok durian belanda. 

Bila diintai di celahan daun, putik durian belanda sudah kelihatan. Cuma persoalnya, ada kah akan membesar?

Merumput? Mengemburkan tanah Dan diletakkan  di sekeliling pokok. Bertujuan meninggi kan tanah disekeiiliing pokok. Sebelum itu, baja di letak segengam di tiga penjuru. 

Mengintai bunga. 

Mengintai putik

Sabtu, 1 Februari 2020

29 Jan 2020 - membaja pokok

Pembajaan menggunakan kan baja13 10 30 di lakukan keatas lebih kurang 14  dari 100 pokok..

Keletihan, bila merumput Dan pengemburan di lakukan sekali. Selesai tanah di gemburkan, rumput rumput di tarik Dan di buang, seterusnya, baja di letakkan di tiga lokasi Keliling. Setiap satu lubang di letakkan dalam segengam baja