Jumaat, 18 Disember 2020

18 Dec 2020 - hari ke 38 pokok pisang di tanam

Dah 38 hari anak pokok pisang di tanam. Perkembanganya seperti di bawah..

18 Dec 2020 - day 1 menyembur bgreen neem oil ke pokok betik

Melihat pokok betik dah diserang dgn  kutu putih, atau bena putih!. Langsung bgreen neem oil di campur kan mengikut aturan Dan di sembur.
 Day 1

Rabu, 9 Disember 2020

9 dec 2020 - semai biji laurius nobilis - daun salam@bay leaves

Biji Benih di beli melalui website etsys.

Percubaan menyemai 18 biji

 15 Jan 2021 selepas lebih sebulan di semai


21 Jan 2021
Kalau tengok, ada beberapa biji lagi yg dah tumbuh. 


30 Jan 2021

Mengalihkan ke polybag
Dapat 4 anak pokok

Ahad, 22 November 2020

Ahad, 8 November 2020

8 Nov 2020 Day 1 tanam anak pokok pisang

Memilih anak Benih, bersihkan akar Dan tanah tanahnya, agak teruk juga Melihat kesan gigitan ulat.

Setelah di bersihkan, di rendam 30 min didalam larutan racun serangga Dan kulat. 

Tengok la perkembangan ya nanti


Isnin, 2 November 2020

2 Nov 2020 menyediakan lubang untuk menanam kelapa pandan

Lubang bersaiz lebih kurang 2kaki x 2 kaki di sedia kan u untuk  menanam kelapa pandan. Setelah siap, kaput di tabur. Bila nak TANAM? 

2 Nov 2020 membaja secara semburan

Aktivit membaja menggunakan baja foliar terhadap pokok limau kasturi Dan durian belanda.

Foliar 21 21 21 Dan high K


Sabtu, 31 Oktober 2020

32 Oct 2020 semaian anak pokok cili kg

Biji cili padi yg di perolehi dari rumah rakan di NDOR, telah selamat di semai. Telah pun tumbuh. Bila semainya? tarikh di catatkan pada 6 oct 2020

31 Oct 2020 anak pokok durian belanda

Biji durian belanda yg disemai pada 1 Oct 2020 dah tumbuh. Bila kah sesuai untuk di alihkan ke polybag?

30 Oct 2020 - penghantaran anak pokok limau kasturi

Sejumlah 66 anak pokok limau kasturi yg telah di tut Sendiri sebelum ini, telah selamat di hantar ke nursery Rimbunan Rezeki di Pt Penyengat Darat Muar.

Jumlah rm2.50 sepokok. 

31 Oct 2020 mengalihkan anak pokok lemon ke polybag

Mengalihkan keratan semai an lemon yg di buat sebelum ini. Di mana keratan di semai didalam pasu kecil, 3  sepasu.

Didalam poly bag bersaiz 6x9, tanah bercampur sabut kelapa di isi. Keratan semai an yg telah berakar di alihkan  dan di jirus air.

Jumlah polybag dlam 100 polybag. 


Sabtu, 17 Oktober 2020

13 Oct 2020 tut anak pokok limau

Memulakan kembali Kerja Kerje tut anak pokok limau

Dapat dalam 70 anak pokok

12 Oct 2020 mengalihkan pokok limau ke polybag

Setelah lebih 2 bulan, pokok limau yg di tut di alihkan ke polybag

Saiz polybag 6x9 inci
Harga rm7 perkg, lebih kurang 130pcs
Beli di LPP Senawang, 2 kg. 

Sabtu, 10 Oktober 2020

2 Sep 2020 membeli timbang brand arrow max 50kg

Memerlukan alat penimbang untuk menimbang limau kasturi yg hendak di jual terus kepada kedai.

Mahal juga harga mesen timbang ni, RM190

10 Sep 2020 ganti tayar dmax

4 tayar di ganti, berserta alignment Dan balancing

Jumlah rm1400 @rm350 sebiji. Tayar Dunlop 245/70 R16

Selasa, 6 Oktober 2020

6 oct 2020 mengalihkan anak pokok limau, dan cili padi

Sebelum ini, Benih cili padi disemai dlm tray. Terlebih letak dlm satu pot, makanya bersesaksesak la.

Begitu juga dengan  semai an keratan pokok lemon. Bersesak sesak dlm pasu kecil. Hari ini, keratan limau dah berakar Dan di alihkan 3 sepasu. Dapat la dlm 40 pasu.

biji durian belanda yg disemai, dah tumbuh. Yg belum tumbuh tu... Kita tunggu jer la.

Anak pokok limau@lemon. Dari keratan bola membuat cantas an. Dapat dlm 40 pasu, Jumlah anak ada dlm 120 pokok.

Semaian anak cili padi, dlm tray Dan ada yg di alihkan ke pasu kecil. 

Sabtu, 3 Oktober 2020

3 0ct 2020 anak pokok durian Musang King Dan duri hitam

Singgah sebentar di loye jualan anak pokok kelolaan FAMA di Senawang.
 Selepas membelek belek, Ada tawaran menjual anak pokok Musang King dengan harga RM10 sepokok. Bila di tanya kenapa, Sengaja nak clear kan stok.

Anak pokok perlu di rawat terlebih dahulu dengan mengalirkan ke polybag yg lebih besar. Semuga usaha ini berjaya. 

Sempat juga membeli 3 anak pokok duri hitam


Sesampai di rumah, menggunakan tanah merah di campur dengan tanah hitam 3 in 1,dan daun rumput yg dah kering di masukkan Ke dalam polybag.  Anak pokok durian  dialihkan ke polybag besar. 

Musang King : 4 pokok Rm40
Duri Hitam : 3 pokok Rm60

Jumlah : Rm100
Polybag saiz 18 inci : rm7 / kg

Jumlah besar. RM107

Musang king


Duri hitam