Isnin, 16 Disember 2019

16 Dec 2019 - memasang perangkap

Antara masalah bila berkebun ialah serangan dari makhluk perosak seperti babi hutan atau pun monyet. Binatang tersebut akan merosakkan pokok atau pun Hasil tanaman, dan mengakibatkan pekebun menanggung kerugian.

Kehilangan Hasil atau kecurian memang berlaku di Kebun Kebun, apa tah lagi pekebun hanya datang 2 atau 3 kali seminggu. 

Beberapa lokasi yg dipercayai menjadi laluan masuk telah di kenalpasti. Antara langkah langkah pencegahan yg telah di lakukan ialah memasang perangkap.  2 cara di lakukan, ia itu menggunakan pokok yg berduri, sperti pokok bunga kertas Dan juga paku paku yg di pacakkan ke seeping papan.

Penyamaran di lakukan untuk mengelakkan penceroboh mengelakkan perangkap tersebut. 



Khamis, 5 Disember 2019

4 Dec 2019 - mencantas pucuk

Kenapa perlu di cantas? Mencuba tips yg diberikan rakan, untuk mengemukkan batang pokok.

Lihat Dan tunggu Hasil ya kemudian hari. 

sebelum di cantas
selepas di cantas

4 Dec 2019 diserang makhluk perosak

Difikirkan pagar elektrik yg dibuat mampu menghalang serangan makhluk perosak, namun, 4 batang pokok pisang dimusnahkan oleh makhluk tersebut. 

Pagar elektrik di perbaiki, lebih polywire di rentang. 

Isnin, 2 Disember 2019

2 Dec 2019 menanam pokok pisang Dan menebas rumput

Benih pisang tanduk Dan.m nangka yg di ambil dari kampung Dan rumah selesai ditanam.  Sebelum menanam, anak Benih di rawat terlebih dahulu.

Tanah tanah di bersihkan dari perdu anak Benih. Selanjutnya, akar lama di potong Dan lapisan luar di kupas. Ini untuk Melihat sekiranya ada kesn serangan ulat. 

Larutan racun serangga disediakan dan anak Benih di rendam lebih kurang dalam 10 min.