Rabu, 30 Oktober 2019

30 Oct 2019 - pisang mengeluarkan jantungnya

Apabila 2 pokok pisang mengeluarkan jantungnya serentak.

Pokok pisang nangka Dan tanduk di sebelah rumah mengeluarkan jantungnya pada hari ini, 30 Oct 2019.

Kalau ikut perkiraan, ia memerlukan lebih kurang 12 minggu untuk matang.

Kena tunggu jer la

Pisang tanduk@helang

Pisang nangka


Isnin, 28 Oktober 2019

28 Oct 2019 - menanam ubi, pisang Dan kantan

Hari cuti deepavali di manfaatkan dengan ke Kebun, walaupun agak lewat, jam 10 Baru bergerak dari rumah.  Perjalanan selama 1 jam, alhamdulilah sampai dlm jam 11 pagi.

Cuaca yg redup, Dan Kerje Kerje menanam pokok pisang Dan ubi di mulai. 

Benih pisang nangka Dan tanduk, Di ambil dari rumah. 

Melihat kembali pagar elektrik, bateri dah KO. Terpaksa la beli bateri Baru. Semuga pagar elektrik ni dapat menghalang babi Dan monyet dari merosakkan anak pokok.

anak pokok kantan pink, dah 3 bulan ni
anak pokok petai. Dah lama semai kat rumah, Baru ada kesempatan untuk Di tanam di kebun.

pokok kantan yg dita am pada 28 Oct 2019
pokok  pisang, samada pisang tanduk atau nangka. Tunggu aje la.
6 pokok kesemuanya. 

ubi kayu, dari jenis ubi kapas.. 


bateri Baru untuk pagar elektrik.

poly wire untuk pagar menggunakan tiang pvc.

Jumaat, 25 Oktober 2019

24 Oct 2019 - menanam tebu, ubi dan buat pagar elektrik

Memasang pagar elektrik,  dengan menggunakan paip PVC dan polywire sahaja.

Menggunakan energiser brand "xxx".

Poly wire di ikat terus ke pvc paip yg dipacakkan ke tanah. Karak dari tanah di anggarkan dalam 1kaki+- . Objektif utama ialah untuk menghalang babi hutan dari merosakkan anak pokok yg ditanam.
Selanjutnya,  menanam tebu dan juga ubi kayu.

Perangkap babi di perbaiki semula.

Selasa, 15 Oktober 2019

4 Oct 2019 keadaan pokok sebelum pengapuran

Keadaan pokok berdaun kuning. Ada yg tidak subur. Cubaan untuk me abut kaput pertanian.

4 Oct 2019 
Sebelum mengapur Dan dibaja

28 Nov 2019
Setelaj di baja, dikapur Dan hujan

Nampak perbezaan  pertumbuhan daun daun pokok durian belanda



test upload gambar

Isnin, 14 Oktober 2019

14 Oct 2019 - menyulam anak pokok

Pokok durian belanda yg ditanam,  hampir 1 tahun yg lalu,  tidak semuanya hidup subur.  Bila di cabut,  berpunca dari akar yg reput.

Kerje mennyulam anak pokok yg mati dilakukan, setelah membeli anak benih dari FAMA

Anak pokok durian belanda@rm5 sepokok = 15 pokok
Anak pokok cempedak madu @rm15 sepokok = 2 pokok

Jumlah perbelanjaan rm100 setelah di beri diskaun oleh penjual.

Penggunaan racun furadan di gunakan untuk memantau keberkesanannya.

Ahad, 6 Oktober 2019

4 Oct 2019 - menabur kapur pertanian

Harga sepack,  rm20 25kg
Ambil 6 bag total rm120

Projek menabur kapur disekeiling anak pokok durian belanda dilaksanakan dalam 2 hari.  Agak penat gak,  kerana bukan menabur sahaja,  tetapi sekali dengan mengemburkan tanah dan membuang rumput sekitar 3kaki dari pangkal pokok.

Satu pokok,  lebih kurang 500gm kapur di gunakan.