Isnin, 16 Disember 2019

16 Dec 2019 - memasang perangkap

Antara masalah bila berkebun ialah serangan dari makhluk perosak seperti babi hutan atau pun monyet. Binatang tersebut akan merosakkan pokok atau pun Hasil tanaman, dan mengakibatkan pekebun menanggung kerugian.

Kehilangan Hasil atau kecurian memang berlaku di Kebun Kebun, apa tah lagi pekebun hanya datang 2 atau 3 kali seminggu. 

Beberapa lokasi yg dipercayai menjadi laluan masuk telah di kenalpasti. Antara langkah langkah pencegahan yg telah di lakukan ialah memasang perangkap.  2 cara di lakukan, ia itu menggunakan pokok yg berduri, sperti pokok bunga kertas Dan juga paku paku yg di pacakkan ke seeping papan.

Penyamaran di lakukan untuk mengelakkan penceroboh mengelakkan perangkap tersebut. 



Khamis, 5 Disember 2019

4 Dec 2019 - mencantas pucuk

Kenapa perlu di cantas? Mencuba tips yg diberikan rakan, untuk mengemukkan batang pokok.

Lihat Dan tunggu Hasil ya kemudian hari. 

sebelum di cantas
selepas di cantas

4 Dec 2019 diserang makhluk perosak

Difikirkan pagar elektrik yg dibuat mampu menghalang serangan makhluk perosak, namun, 4 batang pokok pisang dimusnahkan oleh makhluk tersebut. 

Pagar elektrik di perbaiki, lebih polywire di rentang. 

Isnin, 2 Disember 2019

2 Dec 2019 menanam pokok pisang Dan menebas rumput

Benih pisang tanduk Dan.m nangka yg di ambil dari kampung Dan rumah selesai ditanam.  Sebelum menanam, anak Benih di rawat terlebih dahulu.

Tanah tanah di bersihkan dari perdu anak Benih. Selanjutnya, akar lama di potong Dan lapisan luar di kupas. Ini untuk Melihat sekiranya ada kesn serangan ulat. 

Larutan racun serangga disediakan dan anak Benih di rendam lebih kurang dalam 10 min. 

Khamis, 28 November 2019

28 Nov 2019 sesudah di baja Dan hujan

Pokok pokok durian belanda berdaun hijau yg agak gelap. Berbeza dengan keadaan sebelum ini dimana daunnya agak kuning.

Kerja mengapur Dan membaja yg telah di laksanakan sebelum ini menunjukkan Hasil yg agak bagus. 

Hijau daunnya

28 Nov 2019 musim hujan, rumput Dan menebas

Bermula dari bulan Nov, boleh dikatakan hujan turn dengan kerap dinusa dusun. Pokok yg dita am, menunjukkan perkembangan yg bagus, namun rumput juga cepat baik.

Kerje Kerje menebas rumput menggunakan mesen rumput galas di laksanakan. 

Sengaja, apabila menebas rumput, mata pisau di dekatkan ke tanah. Ini dapat memastikan  akar rumput akan tercabut dan melambatkan pertumbuhan seterusnya. 

Kerja di siapkan dlm tempoh hampir 3 jam, termasuk rehat. 

27 Nov 2019 menanam nanas MD2 Dan yankee

Seharian menanam hampir 200 anak pokok nanas MD2 Dan yankee.

Tanah dibersih kan dari rumput menggunakan mesen rumput. Rumput di tarah habis sehingga ke tanah, ini memastikan rumput akan lambat tu huh kembali. 

Seterusnya, lubang digali Dan jarak lubang ialah 1 kaki  Dan jarak antara baris juga 1 kaki. Jarak tu anggaran sahaja.

Mengunakan baja lebihan NPK, Di masukkan kedalam lubang lebih kurang sejemput. Lantas, anak Benih di masukkan Dan tanah dipadatkan.

Agak penat menggali Dan menanam. Kerja menanam selesai dilaksanakan dalam jangkamasa 2 jam.

Nanas MD2 


Nanas yankee


Selasa, 26 November 2019

26 Nov 2019 - menanam pisang Dan juga nanas

25 Nov, bergerak ke rumah wak sahar di Klang, hanya untuk mengambil anak pisang.

Sempat mengambil anak pokok pisang boyan atau pisang lemak manis. 

Selain dari tu, dapat gak anak pokok nanas sebanyak lebih kurang 100 nanas hanker. 

Sementara tu, membeli ank pokok MD2 dari Puan Nazlenee di NDOR. Sejumlah 100 anak pokok telah disediakan Dan di jual dgn Harga RM1.20 sepokok. 

Jumlah MD2 : 100
Harga sepokok RM1. 20
Jumlah :RM120

Anak Benih nanas yankee

Sebelum di buang kulit nya. 


Di bersihkan Dan siap untuk ditanam



Selasa, 12 November 2019

12 Nov 2019 — pokok avacado

Benih berasal dari Jakarta. Dibawa oleh saudara sebelah isteri yg dtg mengunjungi kami di Malaysia.

Isnin, 11 November 2019

11 Nov 2019 - membaja Dan menanam pokok mangga Dan pisang

Kerja Kerja membaja anak pokok durian belanda di teruskan. Disamping membaja, rumput di Keliling pokok di bersihkan Dan tanah di gemburkan.

Pagar elektrik tidak berfungsi Dan setelah diperiksa, didapati Mungkin SCC ada masalah. 


Dapat menanam beberapa batang pokok pisang. 

Patutla pokok pisang ni tidak subur tumbuhnya, ada penyakit dalam batang pisang ni. Setelah dipotong, Baru nampak ada masalah. 

Tidak subur, walaupun dah lebih 2 minggu di tanam

Keluar anak ikut tepi pulak! 




Rabu, 6 November 2019

6 oct 2019- membaja Dan serangan anak anai

Kenapa pokok ini tidak membesar dengan cantik. Apa bila di perhatikan dengan teliti, terdapat kesan sarang anaianai.

Percubaan kawalan serangga secara  bahan kimia di lakukan. Ia itu furadan 3g.

laluan anak anai. 


Pokok yg telah diserang anai anai. 





6 Oct 2019 - menyambung Kerje Kerje me baja Dan menambah pagar elektrik

Kerje Kerje membersihkan rumput Dan membaja di sambung semula. Namun, ada dlm 6 pokok tidak di baja disebabkan kehabisan baja. Lain kali boleh sambung.

Kerja menambah pagar elektrik di sambung.  2nd layer pagar di tambah di bahagian hadapan. Semuga ini dpt menyekat makhluk perosak seperti babi hutan dan monyet dari merosakkan fanaman.

Selasa, 5 November 2019

5 Nov 2019 - membaja

Muslim hujan begini, dan setelah lebih dari 2 minggu pengapuran dilaksanakan, usaha menabur baja di lakukan.

Kaedah yg digunakan ialah dengan membuat 2 atau 3 lubang dihujung kanopi anak pokok. Baja dalam anggaran segengam di masukkan dlm setiap lubang Dan dikambus semula.
Sementara itu, sebelum pembajaan, kawasan sekeliling anak pokok di bersihkan dari rumput Dan tanah di gemburkan sedikit. 

Hasil hari ini, hanya soap separuh sahaja dari semua anak pokok.




Baja yg di gunakan NPK 17.5 15.5 10

Baja subsidi untuk padi ni sebenarnya. 




Isnin, 4 November 2019

4 Oct 2019 - memperbaiki pagar elektrik

Setelah seminggu terpasang berkesempatan until ke Kebun pada hari ini. Meninjau Keliling pagar, terdapat kesan kemasukkn binatang Dan merosakkan anak pokok betik yg dita am.

Mungkin pagar ni di langgar Dan tidak member kesan?

Sebelum ke Kebun, sempat singgah kedai hardware Dan membeli beberapa batang PVC yg khusus digunakan untuk pendawaian elektrik. Setiap sebatang berharga RM1.80 sepanjang 9kaki.

Jumlah beli: 20 btg
Harga sebatang RM1. 80
Jumlah pembelian :RM36

pembaikan Dan penambahan pagar. Membuat 2 lapis.
menguji keberkesanan.
Dpat resting very good!

Sesuai ke jarak ni? 

Rabu, 30 Oktober 2019

30 Oct 2019 - pisang mengeluarkan jantungnya

Apabila 2 pokok pisang mengeluarkan jantungnya serentak.

Pokok pisang nangka Dan tanduk di sebelah rumah mengeluarkan jantungnya pada hari ini, 30 Oct 2019.

Kalau ikut perkiraan, ia memerlukan lebih kurang 12 minggu untuk matang.

Kena tunggu jer la

Pisang tanduk@helang

Pisang nangka


Isnin, 28 Oktober 2019

28 Oct 2019 - menanam ubi, pisang Dan kantan

Hari cuti deepavali di manfaatkan dengan ke Kebun, walaupun agak lewat, jam 10 Baru bergerak dari rumah.  Perjalanan selama 1 jam, alhamdulilah sampai dlm jam 11 pagi.

Cuaca yg redup, Dan Kerje Kerje menanam pokok pisang Dan ubi di mulai. 

Benih pisang nangka Dan tanduk, Di ambil dari rumah. 

Melihat kembali pagar elektrik, bateri dah KO. Terpaksa la beli bateri Baru. Semuga pagar elektrik ni dapat menghalang babi Dan monyet dari merosakkan anak pokok.

anak pokok kantan pink, dah 3 bulan ni
anak pokok petai. Dah lama semai kat rumah, Baru ada kesempatan untuk Di tanam di kebun.

pokok kantan yg dita am pada 28 Oct 2019
pokok  pisang, samada pisang tanduk atau nangka. Tunggu aje la.
6 pokok kesemuanya. 

ubi kayu, dari jenis ubi kapas.. 


bateri Baru untuk pagar elektrik.

poly wire untuk pagar menggunakan tiang pvc.