Selasa, 30 Januari 2018

Sempal

Dahan pokok limau ni rebah atau sempal , mungkin tidak dapatmenahan berat beberapa kepalan yg dibuat  untuk tut pokok limau kasturi.  

Sengaja dibiarkan jatuh ketanah dan ingin melihat samada anak pokok yg di tit itu menjadi atau tidak. 

Air layering limau kasturi

Setelah lebih sebulan,  bermula pada 22 Disember 2017, kerje kerje tut / air layering pokok limau kasturi mula menampakkan hasilnya.

Akar kelihatan tumbuh di kawsan yg telah di tut.  Masih belum banyak lagi.

Pemerhatian akan dilakukan selanjutnga untuk memotong dan mengalihkan ke polybag.

30 Jan 2017 - mula tumbuh

Penyemaian anak benih cili dah mula mengeluarkan tunasnya. 

Ahad, 28 Januari 2018

27 Jan 2017 - Ahad, penyulaman anak pokok pisang tanduk

Sulaman semula dilakukan untuk menggantikan pokok yg mati.

Sebelum penanaman semula anak benih yg diambil dari pokok induk di rumah di rawat telebih dahulu.

Membuang sisa tanah dan akar,  menyerlahkan anak benih tersebut telah menjadi sarang kepada ulat pengorek.

Merendam pangkal pokok kedalam larutan pesticide atau racun serangha serta membuang lapisan luar pangkal kulit.

Ini akan mendedahkan lorong lorong ulat pengorek dan jika dibiarkan tanpa rawatan,  pokok yg ditanam besar kemungkinan tidak akan membesar.

Sabtu, 27 Januari 2018

27 Jan 2018@0900hrs - memotong rumput

Pemotongan rumput untuk kawalan agar rumput tidak meninggi dan menjadi semak samun. 

Pembersihan berkala menggunakan mesen rumput jenis honda GX35.

Disetiap bawah pokok limau,  pembersihan dilakukan sehingga jejak ke tanah dan sekali gus seperti menajak sekeliling pokok.  Di harapkan agar baja yg di tabur sebelum ini dapat diserap oleh pokok dan bukannya rumput.

27 Jan 2018 - mengalihkan Durian monthong


Prosea mengalihkan anak durian monthong ke polybag yg lebih besar
Pokok akan dibiarkan stabil sebum dibawa ke kebun

Durian belanda

27 Jan 2017 - mengalihkan anak pokok ke polybag besar

2 pokok durian monthong, 
1 pokok durian tiada di ketahui baka apa,  dapat sari Perlis
1 pokok petai

Kesemua anak pokok tersebut di alihkan ke polybag besar untuk pembesaran sebel di bawa ke kebun.

Mencuba teknik memotong akar tunjang. 

Rabu, 24 Januari 2018

24 Jan 2017 Rabu.. Durian belanda

Fasa penanaman semula durian belanda bermula.  Setelah semak samun di tebas dan dibersihkan(x bersih mana pun)  kerje kerje awal penanaman durian belanda bermula.

Benih di oerolehi darri en zakaria Kuala Pilah,  sebanyak 40 anak pokok telah dibeli pada minggi yg lalu.  Berharga rm5 setiap satu.

Berkesempatan melawat ladang en zakaria san mengambil  Beberapa nasihat dan tunjuk Ajar.

Cadangan untuk mencuba kaedah kaki ganda yg telah disiapkan di tapak semaian

Dan juva kaedah kaki ganda tanam terus iaitu membuat kaki ganda dan terua tanam.

.

20 Jan 2017 percubaan khawinkan pokok rambutan

Pokok penanti ni sebenarnya dah lama tanam.  Terpotong ketika memesen rumput,  dan sekarang tak tahh,  samada yg memebear tu pokok penanti atau pokok yg dikahwinkan dahulu.

Apa apa pun pokok ini akan menjadi tempat ujikaji untuk mengkahiwnkan pokok.

Tunas diambil dari pokok  rambutan anak sekolah . Ni conform kot anak sekolah.

24 Jan 2017 anak pokok durian Monthong

Dah lama anak pokok ni dibeli namun dibiarkan sahaja didalam polybas asalnya yg agak sempit

Pada 23 Jan,  baru berksempatan untuk membeli polybag saiz besar.

8 pcs rm10.60

Dapat la mengalihkan 2 anak durian monthong ke polybag besar.

Langkah selanjutnya hendak membuat akar ganda.

Ada 2 pokok,  yg rendah tu sebab yg asal dah patah,  semuga pokok tersebut tumbuh yg baru dan membesar bagai johan!

Isnin, 22 Januari 2018

18 Jan 2017 Akar ganda

Akar ganda - kaedah yg di lakukan dengan meluas di Thailand. 

Percubaan yg sama dilakukan pada tahun 2016 dimana 2 anak pokok durian belanda dicantumkan di batangnya dan terus ditanam. 

Sepohon lagi,  di biarkan ditanam begitu sahaja.

Perbezaan yg nyata ialah pohon pertama telah mengeluarakn bunga sementara sephon lagi masih belum berbunga.

Hasil pencarian didalam internet, cara ini di lakukan jua ke pokok durian..

Khamis, 18 Januari 2018

18 Jan 2017 menyemai anak cili padi

Mennyemai benih cili

Percubaan pertama menyemai benih cili padi.

Penggunaan peat moss dan tray semaian.

Terbahagi kepada 2 jenis cili.
25  lubang untuk benih cili padi kampung
25 lubang untuk jenis cili gemok yg pedas - benih ni di beri oleh adik dari parit penyengat.

Isnin, 15 Januari 2018

15 Jan 2017 isnin - pengawalan serangga menggunakan bahan organik

Serangan ulat pengorek batang dan kaitannya dengan cuka kayu dan minyak neem?

Mencuba pengunaan cuka kayu untuk mengawal serangan at pengorek batang. 

Semburan dilakukan juga dengan minyak neem. Di katakan bahawa minyak neem tidak membunuh serangga tetapi kesan keatas serangga ialah pembiakan serangga tersebut akan terganggu.  Dengan terganggunya sistem pembiakannya,  maka serangga tidak dapat bertelur dan seterusnya kitaran serangga tersebut akan berakhir.

Tarikh menyembur: 13 Jan 2017
Hasilnya: tunggu dan lihat ler..

Sabtu, 13 Januari 2018

13 Jan 2017 Sabtu MOL mangga

Kerap membaca MOL atau FFJ fermentes fruit juice ada lah baha yg amat berguna untuk pertanian. 

Percubaan menggunakan mangga yg tida boleh dimakan disebabkan ada ulat.

450gm mangga
450gm gula perang/tebu

Campurkan kedua dua bahan dan peram selama 1 minggu ditempat yg gelap/teduh.

Hasilnya?  Tunggu 1 minggu lagi.

Ahad, 7 Januari 2018

Pokok jambu yang bantut

Pokok jambu ini telah ditanam lebih dari 2 tahun. Namun pembesarannya agak terbatas.

Membaca beberapa rujukan,  pemulihan tanah di lakukan dengan cara
1. Mengemburkan tanah sekeliling
2. Menjirus seaweed dan MOL kangkung.

Pemerhatian akan di lakukan untuk melihat perbezaannya.

Pokok yang telah dipangkas

Pangkas pokok dilakukan. Samada ini ada lah betul? 

Hanya tinggalkan dahan yg tidak menunjang keatas.

Sebarang dahan kecil juga di potong untuk mengalakan pohon berbuah.

Ulat pengorek batang

Rosak pokok mempelam di korek oleh ulat pengorek batang.  Mulanya tidak menyedari pokok tersebut telah di serang,  hanya selepas kerje kerje pemangkasan, di lakukan baru mengetahui pokok tersebut telah di serang.

Ketika ini,  masih belum menggunakan sebarang racun.

Pemasangan solar panel untuk pagar elektrik

3 Jan 2017
Kerje kerje bermula dengan memasang tiang berdiameter 3 inci dan tinggi lebihkurang 2 meter.

Lubang di gali dan batang besi dimasukkan.

Untuk mengukuhkan tiang,  bancuhan simen dimasukkan.

Memastikan tiang tersebut tegak,  timbang air digunakan.

Kerje siap bersorangan dalam jangka masa 2 hingga 3 jam.

Sabtu, 6 Januari 2018

6 Jan 2017 18 Rabiul Akhir 1439 H

Kenapa pokok ini bantut?

Selama lebih setahun pokok jambu ini di tanam,  namun tidak menunjukan pertumbuhan yg progressif. 

Maka pada hari ini,  aku mencuba memulihkan tanah di sekililing anak pokok tersebut dengan mengguna kan MOL kangkung dan juga seaweed.

Tunggu la hasilnya selepas ini.

Jumaat, 5 Januari 2018

5 Jan 2018 17 Rabiul Akhir 1439H

Memasang pagar elektrik,  namun hanya siap 50% sahaja.

3 Jan 2018.
Menyiapkan pemasangan tiang setinggi 2 meter.  Membenamkan kedalam tanah selepas di hag lubang sebesar 30cm X 30cm X 30cm.  Selepas tiang di tanam,  mencurahkan bancuhan pasir dan simen agar tiang berdiri kuat.  Kerje ni mengambil masa dalam 2 jam.  Ialah,  datang kebun oun dah lepas zohor

4 Jan 2018
Menyambung kerje pendawian dan memasang panel solar yg berukuran 39 cm X 36 cm.

Rancangan awal hendak memasang screw ke panel aolar namun lubang yg dibuat tak selari pulak.  Terpaksa la ikat guna cable tie sahaja.

Memasang kotak untuk meletakkan bateri dan solar charger berjalan lancar.

Seterusnya,  menyambung solar panel ke solar charger dan menyiapkan pendawaian bageri dan juga pembumian.

5 Jan 2018.
Memeriksa  voltan bateri.  Alhamduliah... Bateri di charge dgn baik.