Pemangkasan pokok dilakukan untuk apa yer?
Sabtu, 30 Disember 2017
21 Dec 2017 3 Rabiul Akhir 1439H
Percubaan untuk mengetut pokok limau. Berbekalkan peat moss sebagai media, plastik, cable tie dan pisau, aku memulakan proses mengetut pokok limau kasturi.
Proses ni tak lama, cuma hendak mencari kaedah yg sesuai dan menajamkan kemahiran.
Sasaran awal 100 pokok tut.
30 December 2017 12 Rabiul Akhir 1439 H
Salah satu penyakit yg menyerang pokok mangga dewasa ialah serangan ulat pengorek batang.
Banyak bahagian yg di serang. Apa kah langkah terbaik yg boleh dilakukan. Merujuk kepada beberapa rujukan di internet (pak cik google) antara yg telah di lakukan ialah
1. Membersihkan kawasan disekeliling pokok tersebut dari bahan bahan reput
2. Memotong mana mana dahan dahan yg terkena serangan.
3. Menggunakan racun Furadan (agak bahaya, dan kena pastikan tiada buah atau pokok sedang berbunga)
Seterusnya memantau perkembangan untuk 1 bulan. Semuga ada perkembangan yg baik.
Jumaat, 22 Disember 2017
21 December 2017 3 Rabiul Akhir 1439H Khamis
Rabu, 20 Disember 2017
20 December 2017 - membaja 12 12 17
Sekian lama tidak membaja. Hari ini dengan cuaca yg agak mendung... Aku mula membaja pokok pokok limau.
Tengah membaja.. Hujan pula turun.. Alhamdulilah